Aku dan Kawan Lama
Dulu dia dan aku duduk sebelah menyebelah. Dulu dia dan aku sama-sama compete nak jadik yg terbaaiiiiiiikk di dalam kelas..ehekk..iyer ker..?? Dulu dia dan aku sama-sama 'fly' di waktu kelas agama. Dulu dia dan aku sama-sama skodeng budak laki yg tengah dok buat eksperimen kat makmal bio or kimia. Dulu dia dan aku sama-sama kena 'detention class' sebab pakai cincin jade kaler ijau kat sekolah.Kini dia dah jadik MO - Medical Officer..senang sebut Doktor laa. Kini dia dah pakai Kia Optima. Dia bakal pergi Umrah bulan Jun tahun ini. Tahun depan Itali bakal dijejaki.
Aku? Aku masih menghambakan diri di tempat keje yg sama. Aku masih dengan Iswaraku yg satu. Tahun ni or tahun depan, kalendar cutiku cuma dipenuhi dengan aktiviti di rumah. Neither overseas vacation nor local places.
Dia melawat aku Sabtu yg lepas. Berbekalkan CD dan Buku Shaklee. Aku dan Dol diberi penerangan mengenai Shaklee.
Setelah hampir bertahun-tahun tak jumpa dia. Dia berjumpa aku hanya kerana Shaklee. Yup, sebab Shaklee.
Kini, dia merupakan antara Coordinator Shaklee yang telah diberi imbuhan Kia Optima, mengerjakan Umrah dan melawat Itali.
Kawan, aku tak rasa ini adalah cara yang terbaik untuk kau mengeratkan tali persahabatan dan silaturrahim antara kita...