24 August 2005

Mak meninggalkan kami semua....

23/08/2005 - 11pm

Long menasihatkan kami semua, minta ampun dan maaf dari mak. Seandainya hari ini adalah hari terakhir kami dapat melihat emak.

Keadaan mak memang menyedihkan, dia semakin lemah. Yang hanya didengari hanyalah hembusan nafasnya yg perlahan dan semakin perlahan.

Sebelum aku melangkah kluar, aku sempat mencium dan memintak ampun dari mak. Tak taulah dia dengar ataupun tidak..Ya Allah panjangkanlah umur dia..

Aku berat tinggalkan hospital. Tapi aku terpaksa. Aku nasihatkan Iza, monitor setiap bacaan mak sepanjang malam nie. make sure jika ada bacaan yg terlalu rendah, diberitahu pada nurse yg ada.


24/08/2005 - 3.30am

Panggilan tepon dari Ngah. Mak dah takder!!!

Mak menghembuskan nafas terakhirnya ketika nurse sedang memandikan dia dalam pukul 3.25 pagi tadik.

Tapi sayangnya tiada sorang antara kami - Ngah, Iza or Uda yg ada dapat melihat mak pergi. Betapa kami menjaga mak tanpa tinggalkan dia siang dan malam..tapik dia meninggalkan kami menyambut seruan Ilahi di kala kami tinggalkan dia yg tak sampai 5 minit...


6.30am

Aku on the way ke Sungai Buloh kerana jenazah mak akan dimandi dan dikapankan di sana sebelum dihantar ke Simpang Rengam dan disemadi di sana. Sesampai di sana aku melihat jenazah mak terbujur kaku di dalam surau. Sunyi, sepi, kaku, pilu, sebak, hiba..dan segalanya bermain di hati aku.

Dah habis air dari mata aku untuk dilelehkan. Long, Ngah, Uda pergi jumpa abah di umah Long utk memberitahu hal yg sebenarnya. Abah perlu ditenangkan. Aku tau abah tak bleh menerima kehilangan mak. Maklah segalanya bagi abah. Maklah penyambung hayat abah di sepanjang sakitnya. Tanpa mak..abah kehilangan 'roh' dalam hidupnya..

Kami juga begitu abah!!!!!


8.00am

Untuk pertama kali dan terakhir ..aku memandikan mak dengan air wangi

Untuk pertama kali dan terakhir ..aku membedakkan mak dengan bedak sejuk

Untuk pertama kali dan terakhir ..aku memakaikan pakaian serba putih utk mak

Untuk pertama kali dan terakhir ..aku memakaikan celak untuk mak

Untuk pertama kali dan terakhir ..aku berada di depan mak yg telah siap sempurna..semerbak bauan di sekitarnya


Aku tabah. Aku tak pernah setabah ini. Tiada setitik air mata yg keluar dari mata ini.

Namun aku kalah jua akhirnya. Abah yg berjalan perlahan sambil memegang walkernya menuju ke arah sekujur tubuh yg amat dirinduinya. Di kala itulah air mata aku rebah. Rebah selebat-lebatnya. Aku tak boleh tahan. Keadaan abah membuatkan aku terasa sungguh pilu, sungguh sayu. Bukan aku sahaja. Orang di sekeliling aku pun sayu melihat keadaan abah yg menuju ke arah jenazah mak. Tudung aku basah. Basah dengan air mata yg ditahan selama ini.

Mungkin ada benarnya kata-kata orang dahulu kala berkata...selalunya org sihat yg jaga org sakit itulah yg akan pergi dulu sebelum org yg sakit itu...


2.30pm

Jenazah selamat sampai di tanah perkuburan Berombong. Sebelum ini jenazah dibawa ke umah dan surau Kg Melayu untuk disemayangkan sekali lagi. Sebelum jenazah dimasukkan ke liang lahad, aku memohon kebenaran untuk mencium mak untuk kali terakhir kali. Untuk terakhir kali menatap wajah mak. Mak tenang, setenang dia ketika tidur. Tidurlah emak...tidurlah..kerana tuhanmu lebih menyanyangimu dari kami semua....


Al-Fatihah..

21 August 2005

Dopamine

hari ni giliran aku menjaga mak sepanjang malam di wad ini.

aku jumpa Dr. Fatimah, MO yang monitor keadaan mak. mak consume "Dopamine" untuk meningkatkan heart beat dan blood pressure. itu pung Dr kata tak tau berapa lama mak bleh bertahan.

dengan lain perkataan, Dr berikan mak dopamine untuk memanjangkan hayatnya kerana blood pressure mak semakin menurun, degupan jantung semakin lemah dan kandungan oksigen dalam otaknya semakin berkurangan. tapik as one of the effect daripada pengambilan dopamine tuh, Dr tak bleh nak jangkakan berapa lama jangka hayat mak boleh bertahan dengan adanya dopamine dalam badan mak.

mak disambungkan dengan mesin yg bleh monitor kandungan oksigen dalam otak, blood pressure dan heart beat mak.

sesekali mesin tuh menjerit menandakan bacaan semakin rendah dan rendah...

aku hanya berserah...

20 August 2005

Mak masuk hospital lagi!!!!

12.46pm

"Mak kritikal sekarang. Jangkitan kuman satu badan. buah pinggang tak fungsi. Perut mak buncit penuh dengan air and air tolak ke peparu. Kencing berdarah. Perut belah kanan lebam merah and dedua mata kuning. Tangan and kaki belah kiri dah lemah tak bleh gerak. Punca jangkitan kuman sebab air kencing and imunisasi mak lemah."
- sms Long.

Mak terpaksa dimasukkan ke hospital lagi!!!

Dalam masa yg sama, aku berada di umah mertua di yong peng kerana menghadiri majlis perkahwinan adik ipar aku. semalam hantar dia nikah. ketika aku baca sms Long, aku tengah on the way ke kota tinggi menghantar pengantin bersanding.

Hati aku dah lama melayang jauh di kl..walopung badan aku kat johor setelah baca sms Long.

Aku nak balik kl..nak balikkkkkkkk...


10.30pm

Aku dah sampai Hospital Selayang. badan mak penuh wayar. dia tak sedarkan diri. ubat ditambah dengan segala bagai jenis. mulut aku tak terkata. hati ini tuhan saja yang tahu. jauh di sudut hati aku, aku tau aku pasti bertemu dengan saat itu..

oh tuhan jauhkanlahhhh...

12 August 2005

Jaga mak

Aku amik cuti ari ni. Ntahlah...dah brapa ari aku amik cuti pung aku dah tak ingat. Yang aku ingat EL dah berlambak. Cuti tahunan pung dah makin berkurangan.

Abah? Dia seolah pasrah dengan keadaan mak. Walaupun aku tau, dia sebenarnya tak dapat terima hakikat yg emak menerima nasib yg sama seperti dia, malah lebih teruk. Sesekali abah menjenguk mak di hospital. Tuh pung abah lebih banyak bermenung dari berkata.

Aku jaga mak dari malam tadik. Selalunya kalau bukan aku yg jaga Uda, Ngah, Long or Iza akan bergilir menjaga mak.

Seperti biasa aku akan sampai waktu sebelum Maghrib. Beransur Maghrib, Dol dan Faiz tinggalkan aku keseorangan. Kesian Faiz, untuk kesekian kalinya dia terpaksa tido dengan babah. Nasib baik dah berhenti nyusu badan. Kurang ragam nak tido. Aku ingat lagi, 3 bulan lepas...kali terakhir aku balik kampung dan berborak dan bersemuka dengan mak. Mak yang bawak aku ke rumah sorang makcik di Kg Ithnin Maarof untuk 'menyapeh'kan Faiz. Dah lama rasanya aku tak bawak mak jenjalan naik keta ...yg aku sendiri drive...rindunyer dgn mak bila kenangkan saat itu. Kalaulah aku boleh undur masa...

Dan hari ini, mak terlantar di wad tingkat 8. Dengan segala jenis wayar dicucuk di seluruh badan. Tak cukup tangan, kaki dicucuk. Seksanya mak..

Tak banyak yang aku boleh lakukan selain bacakan surah Yasin dan Al-Quran. Sesekali mak tersedar. Dia sekadar memerhatikan aku tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. Suara mak hanya boleh didengari bila dia batuk. Kekadang aku bersihkan mulut dan giginya yang dah mula kotor dan susah untuk dibuka. Mak dah tak boleh makan melalui mulut. Punca perut dia keras sebab dia kurang kencing dan buang air besar. Doktor jugak suspect mak mengalami jangkitan kuman di peparunya disebabkan makanan dan minuman yg disuapkan ke dalam mulutnya tak properly masuk ke perut.

Kini, mak cuma minum air susu yg disalurkan melalui hidungnya. Aku dah pandai masukkan air ke dalam hidungnya. Sesekali aku berborak dengannya. Namun, tiada reaksi. Tangan kiri masih diikat untuk mengelakkan mak menarik salur makanan yg dimasukkan ke dalam hidungnya.

Dan aku, sekali lagik tak boleh nak tido malam nie. Sekejap berjaga, sekejap mengiring ke kiri, kejap ke kanan. Long dan Ngah jaga di luar sambil tido dengan nyenyaknya..

3.30 pg. Aku dikejutkan nurse yg bertugas. Masa utk mandikan mak. Lebih awal dari Hospital Sultanah Aminah yg memandikan pesakitnya sekitar 5.30pg.

6.30pg. At last..kena semayang Subuh. Saat yg aku nantikan. Waktu nie laa aku amik peluang untuk lepaskan ngantuk yg ada...

'Silent'kan handset....

04 August 2005

Hospital Selayang

"Mak dah bleh kuar hospital!!!"

Aku terpinga-pinga. Aku jaga mak whole nite malam tadik...sampai la ni. Malam tadik takleh tido sebab aku memang tak biasa tido kat kusi, especially kusi malas yg jenis getah nie. Sakit badan aku.

Nurse datang buat check-up dan cakap mak dah bleh kuar. No need nursing care.

Bukan...bukan ini plan kami. Kami tak nak mak kluar hospital. Tak nak!! Not yet!!!

Aku tepon Long, tepon Uda, tepon Iza, tepon Dol...sumer org buntu. Camner nie Long???

At last, Long kata...biar mak dan abah disatukan dalam satu umah. Jangan pisahkan mereka. Abah dah cukup sengsara dengan stroke yg dialaminya 2 tahun lepas. Memisahkan mereka berdua bukanlah cara terbaik untuk menyembunyikan perkara sebenar dari abah.

Tapi, terimakah abah keadaan mak yang sekarang ini??

"Kami tak sediakan ambulance untuk hantar patient balik ke rumah. Kalau cik nak, kami boleh beri contact number ambulance swasta." terkedu aku sekali lagik memikirkan bagaimana nak bawak mak balik ke Sungai Buloh.

Ya Sungai Buloh!! Dari Johor Bahru ke Sungai Buloh. Bayangkan la perjalanan 4 jam itu dengan membawa pesakit seperti emak.

Dugaan kepada aku dan Dol sekali lagik!!!!

Kami berdua nekad, gunakan Iswara yg ada untuk membawa mak balik ke Sungai Buloh. Mana aku nak cekau 1k++ utk ambulan swasta semata????

Mak dibaringkan di seat hadapan. Mak tak berkata apa. Mak diam seribu bahasa. Mak hanya memerhatikan sahaja. Sesekali nampak muka mak berkerut-kerut, menahan kesakitan ...

Alhamdulillah, kami sampai di Sungai Buloh setelah perjalanan mengambil masa hampir 6 jam.

Dan sekali lagik, kami adik beradik berhadapan dgn keadaan abah yang tidak dapat menerima keadaan mak.

Abah menangis disisi mak...

01 August 2005

Balik Sungai Buloh

"Mak dah bleh kuar hospital!!!"

Aku terpinga-pinga. Aku jaga mak whole nite malam tadik...sampai la ni. Malam tadik takleh tido sebab aku memang tak biasa tido kat kusi, especially kusi malas yg jenis getah nie. Sakit badan aku.

Nurse datang buat check-up dan cakap mak dah bleh kuar. No need nursing care.

Bukan...bukan ini plan kami. Kami tak nak mak kluar hospital. Tak nak!! Not yet!!!

Aku tepon Long, tepon Uda, tepon Iza, tepon Dol...sumer org buntu. Camner nie Long???

At last, Long kata...biar mak dan abah disatukan dalam satu umah. Jangan pisahkan mereka. Abah dah cukup sengsara dengan stroke yg dialaminya 2 tahun lepas. Memisahkan mereka berdua bukanlah cara terbaik untuk menyembunyikan perkara sebenar dari abah.

Tapi, terimakah abah keadaan mak yang sekarang ini??

"Kami tak sediakan ambulance untuk hantar patient balik ke rumah. Kalau cik nak, kami boleh beri contact number ambulance swasta." terkedu aku sekali lagik memikirkan bagaimana nak bawak mak balik ke Sungai Buloh.

Ya Sungai Buloh!! Dari Johor Bahru ke Sungai Buloh. Bayangkan la perjalanan 4 jam itu dengan membawa pesakit seperti emak.

Dugaan kepada aku dan Dol sekali lagik!!!!

Kami berdua nekad, gunakan Iswara yg ada untuk membawa mak balik ke Sungai Buloh. Mana aku nak cekau 1k++ utk ambulan swasta semata????

Mak dibaringkan di seat hadapan. Mak tak berkata apa. Mak diam seribu bahasa. Mak hanya memerhatikan sahaja. Sesekali nampak muka mak berkerut-kerut, menahan kesakitan ...

Alhamdulillah, kami sampai di Sungai Buloh setelah perjalanan mengambil masa hampir 6 jam.

Dan sekali lagik, kami adik beradik berhadapan dgn keadaan abah yang tidak dapat menerima keadaan mak.

Abah menangis disisi mak...