24 June 2006

Rumah Peranginan Persekutuan

Aku sekeluarga. Long sekeluarga. Uda. Iza. Abah.

Rega rumah banglo tuh..semalam RM60 dengan 3 bilik tido, 1 bilik semayang, dapur beserta peralatan masak dan gas. Rumah mengadap laut Port Dickson.

Masa dihabiskan kat laut. Berendam. Main pasir.

Malam plak diadakan family meeting bersempena perkahwinan Uda.

Dah lama rasanya tak rasa holiday camnie...

Memang berbaloii!!!!

11 June 2006

Sakit

Sakit perut. Sakit kepala. Sakit satu badan. Hangin satu badan.

Banyak cuti minggu ni. Cuti buat benda lain pung ada..ehheheh..

02 June 2006

Runtuhan di Hulu Kelang

Tak ada yang lebih memilukan bila seorang ibu..seorang emak..membaca berita sebegini rupa...Aku tak dapat bayangkan..jika aku berada di tempatnya pada saat dan ketika itu..

---------------

KUALA LUMPUR: Dua mayat yang dipercayai Hayati Mohd Yunus, 24 dan anaknya Herlina, tiga tahun, dijumpai dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan tanah yang meranapkan tiga blok rumah panjang di Kampung Pasir, Hulu Klang, pagi ini.

Mayat ibu yang sedang menyusu anaknya itu dijumpai pada 8.45 pagi di tapak rumah mereka setelah pasukan mencari dan menyelamat mengalihkan tumpuan ke kawasan itu pukul 7 pagi ini.

Kedua-dua mayat itu ditemui setelah operasi mengesan mereka dijalankan sejak Rabu lepas selepas kejadian tanah runtuh pada 4.45 petang hari berkenaan.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras untuk dibedah siasat, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dengan penemuan mayat-mayat itu, mangsa kejadian itu meningkat kepada empat orang.

Pada hari pertama, mangsa pertama Suri Sinon, 72, dan cucunya Siti Ridilia Sharul, empat setengah tahun ditemui rentung di salah satu daripada tiga blok rumah panjang yang ranap.

Sumber BERNAMA.