28 February 2006

Sticker

Pukul 7++ am. Waktu begini, saat ini aku pasti berada di highway Sungai Besi. Kenderaan berkejaran sesama sendiri. Aku? Melepak di seat sebelah driver sama ada buat aktiviti melalak atau berangan-angan dengan pelbagai jenis cerita atau paling tak biasa aku buat, berpura-pura tutup mata kononnyer nak cover masa tido yg tak cukup sebab dipaksa bangun awal untuk pegi keje awal...heheh..

Satu lagik habit aku kalo pi memana, aku suka tengok keta orang. Selalunya aku suka berfikir -- macam mana ler diorang nie bleh mampu beli keta semahal itu? Apa keje diorang? Brapa gaji diorang? Pagi ni, dalam sibuk berfikir, satu Kelisa kaler coklat gold lalu sebelah aku. Awek bertudung drivernyer. Setakat pemandangan awek drive Kelisa, aku tak penah membazirkan sel-sel otak aku untuk berfikir memacam.

Tapi secara tetiba, sticker kereta dia jadik perhatian aku. MAWI WORLD. Yeap, sticker Mawi. Aku tau ramai die hard fan mawi kat mesia nie, even aku pung salah sorang mawifc. Tapi sepanjang pemerhatian aku kat keta-keta di KL nie, tak penah ler plak aku jumpa sticker mawi nie. Kalo ada pung, aku tak rasa ramai yg nak tampal sticker tuh kat keta diorang. Nak ke korang?

Cuma satu jek persoalan bermain di pikiran aku....errr...errrr...mana nak beli sticker tuh ekkk???

27 February 2006

Aku dan Kawan Lama

Dulu dia dan aku duduk sebelah menyebelah. Dulu dia dan aku sama-sama compete nak jadik yg terbaaiiiiiiikk di dalam kelas..ehekk..iyer ker..?? Dulu dia dan aku sama-sama 'fly' di waktu kelas agama. Dulu dia dan aku sama-sama skodeng budak laki yg tengah dok buat eksperimen kat makmal bio or kimia. Dulu dia dan aku sama-sama kena 'detention class' sebab pakai cincin jade kaler ijau kat sekolah.

Kini dia dah jadik MO - Medical Officer..senang sebut Doktor laa. Kini dia dah pakai Kia Optima. Dia bakal pergi Umrah bulan Jun tahun ini. Tahun depan Itali bakal dijejaki.

Aku? Aku masih menghambakan diri di tempat keje yg sama. Aku masih dengan Iswaraku yg satu. Tahun ni or tahun depan, kalendar cutiku cuma dipenuhi dengan aktiviti di rumah. Neither overseas vacation nor local places.

Dia melawat aku Sabtu yg lepas. Berbekalkan CD dan Buku Shaklee. Aku dan Dol diberi penerangan mengenai Shaklee.

Setelah hampir bertahun-tahun tak jumpa dia. Dia berjumpa aku hanya kerana Shaklee. Yup, sebab Shaklee.

Kini, dia merupakan antara Coordinator Shaklee yang telah diberi imbuhan Kia Optima, mengerjakan Umrah dan melawat Itali.

Kawan, aku tak rasa ini adalah cara yang terbaik untuk kau mengeratkan tali persahabatan dan silaturrahim antara kita...

22 February 2006

Dari Putrajaya ke Mutiara Damansara

Aku cuti hari ini. Bukan cuti bersukaria. Tapi cuti penuh dengan misi dan aktiviti.

Bermula di Putrajaya ke Jalan Tun Razak. Kemudian ke Jalan Ampang dan seterusnya ke Keramat.

Namun misi dan visi seolah disengat di tengah jalan. Aku buntu. Keadaan seolah memaksa aku untuk mengalah. Kalahkah aku??

Memang betul apa yg Teh Tarik(oii biler ko nak wat blog nie) pernah kata, "Kata org, kecemerlangan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa."

Aku perlukan magic. Aku perlukan power. Ooopps..bukan Power Rangers. Juga bukan Power Puff Girl. Oooo tidak..bukan..bukan...bukan Mondo Magic. Aku perlukan miracles..to make my wish come true..

Dengan saki baki semangat yg ada..dengan perasaan yg gundah gulana. Stress jgn dikiralaaaa..untuk hilangkan sedih yg melanda, aku layan Ikea di Mutiara Damansara...puas ati aku!!!!

17 February 2006

Rindu

"kalau mak ada Za ada tempat nak cerita.. walaupun kadang-kadang mak tak paham sekurang-kurangnya mak boleh dengar dan balas dgn bebelan mak..Za rindu"

terkedu aku kejap biler baca status ym adik aku..

memang betul apa yg dia tulis..aku walaupun dah kawin..ada suami yg sentiasa ada di sisi..kadang-kadang aku rasakan aku lebih selesa meluahkan perasaan dgn mak. kekadang benda tuh tak penting pun..tapik aku tetap nak mak jugak yg dengar..kekadang tuh..aku tak luah pung kat dia...cukupla..dengan berborak apa saja dengan dia..itu semua sudah cukup untuk hilangkan segala kegusaran di hati ini..

betul Iza cakap..rindunyer dgn mak!!!!!

16 February 2006

Soalan Bonus

pagi nie aku makan sarap di kafe bawah...ehh..aku penah makan sarap kat tempat lain ke waktu opis hour nie??..heheheh.. sekali lagik aku makan kuih berperisa ajinamoto dan air teh yg tak penah sedap sepanjang wujudnya kontrak kafe baru kat tempat aku nie.

selalu makan ngan geng keje aku, kali nie saja aku tukar angin. makan ngan kengkawan lama. macam biasa biler jumpa kengkawan lama banyak borak la. kejap ngumpat boss, kejap gosip terhangat di pasaran..memacam aaa...tapik ada satu topik yg memang bebetul irritates me biler jumpa diorang nie. kiranya nie cam soklan bonus yg mampu menutup napsu makan aku secara tetiba..

"biler ko nak menambah lagik?",
"ala faiz dah beso, takkan tak nak tambah kot?"
"takder projek baru ke?"

masalahnya..bukan kali pertama soklan nie dari mereka..setiap kali jumpa diorang misti soklan sama..asik soklan yg sama dari org yg sama..buhsannn!!

nak jek aku menjerit..."oittt..korang ingat hidup nie asik itu jek ker kejenyer??"

aku cecepat matikan perbualan dan angkat kaki dari situ...

10 February 2006

Horse Power

pasukan charlie's angel pi makan di cafe terkemuka di tempat keje. duduk berdekatan dgn team HP. dengan lain perkataan meja kami bertentangan dengan meja mereka. aku buat tak nampak dan aku buat bodo..bukan sebab aku bodo..tapik sebab team ni memang kuat 'airconditioner'nyer..aku tak moo terkena aura mereka..

team HP yg terdiri dari 2 ahli wanita itu blah dari meja diorang. kami teruskan borak..si kangkung vege sibuk bercerita..si bini wmy sibuk mencelah..aku..? sibuk makan la..hehehe..

tetiba jekk..team HP datang balik. kalik ni diiringi seseorang yg bleh digelarkan makcik. 'chief' (bukan nama sebenar) dan team HP duduk semula di meja mereka. team HP tersenyum bangga cam kerang busuk, sebab apa? sebab 'chief' yg tersangat power kuasanya seolah mengajak team HP menemankan dia makan...

aitt...bleh duduk balik?? heran tul aku..memang patut ler diorang nie dikenali team HP atau team Horse Power. Kalo dulu org camni kami gelarkan 'team kuat kipas', la nie..kena canggih skit ...team Horse Power..

09 February 2006

moving out from blogdrive..move in to blogspot..hahaha

aku sibuk menyetup blog baru..tanda protest kat iklan di blogdrive.
salah saper?

aa..tuh ler blogdrive..saper suh taruk iklan kat blog aku..nasib aaa...

and changing from mufaza to manjeman...

samurai..harap jgn marah..design ko..akan dimasukkan kelak..seskit aa...

08 February 2006

That's my goal

penah dengo lagu Shayne Ward - That's my goal ??

sekarang nie aku tengah layan lagu nie..aku pung tak tau dah brapa puloh kali aku repeat lagu ni..dan bukan setakat pagi ini..malahan sejak dari hari isnin masuk keje..since b4 cuti raya cina ari tuh..aku dok layan lagu nie..

kenapa aku layan??..ntah aku pung tak tau..yg aku tau..lagu ni cam ada menyimpan 'goal' yg aku tengah kejar sekarang ni...eskius me..eskius me..nie bukan layan jiwang org berchenta eekkk...

nie 'goal' yg dah lama aku simpan sejak di zaman aku amik degree dulu..cuma waktu tuh tak kesampaian sebab..arwah mak awaiii lagik dah sound ..."takyah laa jejauh..dedekat sini udah ler"

tak pedulik...kali nie..aku maukan impian jadik kenyataan gak!!!! jauh pung jauh ler..mahal pung mahal ler...susah pung susah ler..kalo tak sekarang..biler lagik???

04 February 2006

Cuti yang panjang

hari nie dah masuk hari ke-8 aku bercuti di sepanjang minggu perayaan chinese new year nie..tak banyak aktiviti yg dapat dibuat memandangkan aku memang tak merancang sebarang aktiviti melainkan aktiviti tengok tv..tengok email..tengok dora website..cd dora the explorer..masak..ngemas umah..tido..heheh..

cuma yg menariknya..cuti yg panjang ni..aku dapat merealisasikan impian aku utk tukar theme baru..still guna tranquility sebagai subjek utama..kalo dulu aku guna bunga raya sebagai motif..tapik kali ni..aku guna rumput dan embun sebagai subjek utama..anyway..thanks to samurai. dia banyak tolong aku dari segi pemilihan warna dan grafik..hehhe..dia bosan gak tuh melayan memacam ke'demand'man aku..hehhe..

kenapa aku pilih embun dan rumput? ntah eekk..mungkin sebab aku terlalu mengkagumi sumber alam semula jadi..aku dapat rasakan kedamaian bila melihat embun di waktu pagi..kalo tak caya..cuba korang bangun pagi dan pi belakang umah..carik rumput or daun yg ada embun..secara tak langsung..kedinginan pagi ketika itu pasti menyenangkan hati dan perasaan korang..

esok dah ahad..lusa dah senin..hmmm...

03 February 2006

Memoirs of a Geisha

She paints her face to hide her face. Her eyes are deep water. It is not for Geisha to want. It is not for geisha to feel. Geisha is an artist of the floating world. She dances, she sings. She entertains you, whatever you want. The rest is shadows, the rest is secret.


apa yg korang tau mengenai geisha? pelacur? perempuan murahan? gro jepun? dulu sebelum aku berpeluang menonton cerita ni..aku pung bersependapat dengan sesetengah org..geisha adalah seumpama seorang pelacur..

namun selepas menonton filem ini..secara definasinya geisha bukanlah perempuan yg menjual badannya untuk mendapatkan sumber pendapatan..tetapi mereka adalah artis - pandai menari, bermain alat muzik..

walaubagaimanapun memang tak dapat dinafikan ada unsur menjual tubuh untuk mendapatkan mizuake for the highest bidder dan penajaan atau sara hidup utk seseorang geisha diselitkan dalam kehidupan seorang geisha.

anyway, movie nie memang menarik utk ditonton. sebab apa? sebab secara tak sengaja korang akan belajar adat-adat dan bahasa jepun tanpa perlu pegi ke jepun..hehheh..

bukan setakat itu saja, salah satu pengajaran yg amat berguna untuk semua org mengenai cinta ialah..cinta itu perlu diluah..bukan disimpan..kerana cinta yg dipendam akan meranalah perasaan...

iyakkkksss...pesal aku sentimentel plak ni...???