14 July 2005

Blood Clot

causes of Stroke :
An artery to the brain may be blocked by a clot (thrombosis) which typically occurs in a blood vessel that has previously been narrowed due to atherosclerosis ("hardening of the artery"). When a blood clot or a piece of an atherosclerotic plaque (a cholesterol and calcium deposit on the wall of the artery) breaks loose, it can travel through the circulation and lodge in an artery of the brain, plugging it up and stopping the flow of blood; this is referred to as an embolic stroke. A blood clot can form in a chamber of the heart when the heart beats irregularly, as in atrial fibrillation; such clots usually stay attached to the inner lining of the heart but they may break off, travel through the blood stream, form a plug (embolism) in a brain artery to cause a stroke. A cerebral hemorrhage (bleeding in the brain), as from an aneurysm (a widening and weakening) of a blood vessel in the brain, also causes stroke.



stroke & blood clot...antara perkataan yg sentiasa berlegar kat kepala aku sejak mak jatuh ari tuh.

Waktu melawat mak di Hospital Kluang ari tuh...mak bukan seperti mak yg dulu...mak mati sebelah badan di belah kanan.

Mak tak kenal aku. Mak tak kenal Long. Mak tak kenal Ngah. Mak tak kenal Uda. Mak tak kenal Chik. Mak tak kenal Iza. Tak..tak...mak tak kenal semua orang.

Cuma yang aku dengar...nama abah disebut berulang-kali.

Ya Allah. Jika begini penderitaan yg ko berikan kepada mak aku. Aku lebih rela ko ambil nyawanya.

Mak tak terurus. Mak mengerang kesakitan. Mulut mak senget. Muka kanan mak seolah dah terjatuh. Kaki dan tangan kiri mak diikat sebab dia terlalu kuat meronta.

Aku menangis sepuasnya...

Dan hari ini...result x-ray mengatakan mak mengalami stroke di mana berlakunya pendarahan di otak kirinya. Mak perlukan pembedahan. Mak dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, JB.

Petang nie mak operate utk buang blood clot.

11 July 2005

Mak rebah...

08 Julai 2005 - 7.30am

"Ko jadik balik tak ke sempang malam nie?" tanya mak.

"Rasanya tak bleh balik laa mak minggu nie. Dol keje malam. Insyaallah minggu depan kitorang balik." aku jawab.

"Takderla...kalo ko balik bleh pegi farmasi belikan ubat abah. Ubat saraf dia dah abis." mak bersuara dlm nada kecewa

"Dah tuh camner mak nak beli nie? Ada sesaper balik tak?" ati aku dah setat tak sedap

"Takder saper balik. Mak pegi jalan kaki la ke farmasi tuh. Dah tuh abah ko dah bising suruh belikan ubat dia." cetus mak

"Kan jauh farmasi tuh mak. Tunggu jekla kitorang balik minggu depan. Nanti kitorang belikan." sambung aku

"Takperlah..mak jalan pelan-pelan ke kedai tuh."

"Oklah mak..nanti minggu depan sebelum balik kitorang call. Bye. Assalamualaikum."


-------------------------------

11 Julai 2005 - 9.30pm

Kata-kata mak masih terngiang-ngiang di telinga aku. Itulah kata-kata terakhir yg aku dengar dari peti suara mak aku....

"Mak jatuh dari bilik air lepas amik semayang maghrib tadik!" uda call lepas maghrib tadik.

Jatuh bilik air - aku seolah dapat membayangkan apa yg bakal terjadik pada satu-satunya mak yg ada dalam hidup aku...

And now nie aku on the way ke Hospital Kluang sebab Mak Long kata mak memuntah dan tak sedarkan diri lepas jatuh dari bilik air. Anak makcik Minah tolong antarkan mak ke Hospital Kluang.

Ya Allah. Begitu berat dugaan yg ko berikan.....