11 July 2005

Mak rebah...

08 Julai 2005 - 7.30am

"Ko jadik balik tak ke sempang malam nie?" tanya mak.

"Rasanya tak bleh balik laa mak minggu nie. Dol keje malam. Insyaallah minggu depan kitorang balik." aku jawab.

"Takderla...kalo ko balik bleh pegi farmasi belikan ubat abah. Ubat saraf dia dah abis." mak bersuara dlm nada kecewa

"Dah tuh camner mak nak beli nie? Ada sesaper balik tak?" ati aku dah setat tak sedap

"Takder saper balik. Mak pegi jalan kaki la ke farmasi tuh. Dah tuh abah ko dah bising suruh belikan ubat dia." cetus mak

"Kan jauh farmasi tuh mak. Tunggu jekla kitorang balik minggu depan. Nanti kitorang belikan." sambung aku

"Takperlah..mak jalan pelan-pelan ke kedai tuh."

"Oklah mak..nanti minggu depan sebelum balik kitorang call. Bye. Assalamualaikum."


-------------------------------

11 Julai 2005 - 9.30pm

Kata-kata mak masih terngiang-ngiang di telinga aku. Itulah kata-kata terakhir yg aku dengar dari peti suara mak aku....

"Mak jatuh dari bilik air lepas amik semayang maghrib tadik!" uda call lepas maghrib tadik.

Jatuh bilik air - aku seolah dapat membayangkan apa yg bakal terjadik pada satu-satunya mak yg ada dalam hidup aku...

And now nie aku on the way ke Hospital Kluang sebab Mak Long kata mak memuntah dan tak sedarkan diri lepas jatuh dari bilik air. Anak makcik Minah tolong antarkan mak ke Hospital Kluang.

Ya Allah. Begitu berat dugaan yg ko berikan.....