29 March 2006

Sepagi di HUKM

HUKM Bandar Tasik Selatan.

Sekarang ia merupakan rutin bulanan aku dan Dol. Siapa lagi kalau bukan kami? Tidak orang lain. Tidak. Tiada siapa yang sanggup volunteer selain kami. Mengapa dan kenapa? Usahlah ditanya..

Pagi ini abah ceria. Seceria mentari pagi. Sesampai di HUKM aka Klinik Premier BTS, abah rancak berborak dengan pesakit lain yang ada. Tidak seperti kunjungan kami yang lalu. Murung dan bisu.

Bacaan systolic & dialostic kali ini 170/82. Dah turun!! Kalau 4 minggu lepas dan bulan-bulan yg lalu bacaannya selalu mencecah 200/**. Tapi bacaan darah tinggi abah pada hari ini, cukup buat aku rasa hepi. Hepi dengan penurunannya itu. Hepi tengok abah ceria. Hepi tengok abah borak cam orang sihat.

Mak...alangkah bagusnya kalau mak pung dapat melihat wajah ceria abah pada hari ini mak......

28 March 2006

When you see it, you'll feel it

Aku melepasi dia. Dia serba hitam. Metallic lagik. Nampak gah dan sasa di atas jalanraya. Aku terpegun. Aku terpesona. Siapalah yang empunya. Kerna aku tak sempat menilik tuannya dek terpana dengan rupanya. Dialah Honda Civic baru. Dia hanya mampu hadir dalam mainan anganku.

26 March 2006

Bronze Medal : Malaysia vs England (2-0)

Ahhahaa..jangan pelik biler baca entry aku hari ini. Jangan ingat aku kaki bangku. Jangan diingat aku kaki ayam. Jangan diingat juga aku nie tungku kaki tiga.

Walopung perlawanan menentukan tempat ke 3 & ke 4. Aku tetap setia menanti di depan tv untuk menyaksikan hero-hero hoki Malaysia beradu tenaga di tengah gelanggang hoki. Bukan Live. Cuma siaran ulangan. Aku sanggup menunda plan masak tengahari dengan menonton hoki dulu. Team hoki kita memang gah!! Lama rasanya tak menyaksikan Keevan Raj, Logan Raj, S. Kuhan, Azlan di tengah padang. Memang cukup puas ati. Cukup teruja.

Tak sesia aku menjerit tengahari tadik. Memang berbaloi. Team hoki berjaya membawa pingat gangsa untuk Sukan Komanwel di Melbourne 2006 ini.

Teringat dikala aku menyaksikan final match antara Malaysia vs Singapura(8-1) di Sukan Sea 2001 yang lalu di Stadium Bukit Jalil. Superbbbbb!!!

24 March 2006

Tembak menembak

Semalam adalah hari yang agak tegang di opis aku. Bukan kami main tembak menembak sesama sendiri macam paintball dan bukan jugak ada pengambaran tembak menembak di lakukan di tempat keje aku..

Semalam, kami semua ditembak oleh bos aku(bukan nama sebenar..ehh..ada letak nama bos ker?)

Siri tembak menembak dimulakan dengan email suam-suam air panas dari boss. Subjeknya : etika berblog. Apa isi kandungannya? Maleh aku nak cerita. Cuma apa yg boleh dikatakan..aku tak suka berblog tapik hasil karya aku seolah ditapis untuk tontonan umum. Karya aku tak asli. Karya aku tak bebas. Tanganku seolah digari agar tidak bisa menaip idea yg ingin disembulkan dari otak aku. Iskk..aper aku tulis nie aa..??

Aku ingatkan siri tembak menembak abis setakat itu saja, ghupernyer..ada sambungan lagik. Sekali lagi kami dapat email bersubjek : Saper 3 budak itam yg kuar bekpess selepas kul 8.30am aaaa?? Ahhahahaha..subjek hanya rekaan semata-mata. Tiada berkaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Cuma aku nak bitau salah sorang budak itam tuh adalah aku. Aitt..sukati aku ler nak kuar bekpess kul baper pung...:D

Yang aku tau..sehari di opis pada hari semalam, adalah hari yang amat membosankan dan menjelekkan dan menyampahkan(ada ke perkataan nie) dan..dan..dan...

22 March 2006

Secret Admirer

Di suatu sudut di KFC. 4 rakan sekerja berborak buang masa sambil meratah ayam KFC yang dingidamkan sejak penularan wabak selsema burung dan sejak budak laki tak belikan lunch KFC 2-3 ari yang lalu...oittt..balik opis kul baper ari tuh??

Topik yang sungguh hengat dan hangit diperborakkan di kala itu. Secret Admirer.

Ada yang admirer budak cina, ada yang jadik posmen kat admirer member but endup dgn couple pada admirer member tuh, ada yang admirer kat member setempat dan last but not least admirer kat senior kat univ...semua membawa cerita tersendiri dengan gaya dan cara yang menarik. Indahnya idup waktu kita admirer kat orang ekkkk!!!

Korang penah ada secret admirer tak? Arghh..tipu kalo tak wujudnya secret admirer di sepanjang korang hidup..

Aku tak nafikan memang ada secret admirer wujud dalam hidup aku. Jangan salah sangka! Bukan waktu ini. Tidak! Tapik secret admirer wujud dalam idup aku..biler aku memerlukan pemangkin (ker pangkin) dan semangat untuk terus belajo. Tapik thrill secret admirer aku akan berakhir bila aku sendirik membuat keputusan untuk memberitahu dia bahawa aku adalah peminat nombor 1 dia...ahakss...cam minat artis ler plak. Lepas tuh tutup buku. Aku totally senyap dan hilang, tak moo dah carik malu kat secret admirer aku ni..hehhehe...

Sementelah dari kisah secret admirer, 2-3 ari nie..aku telah membuat sedikit research mengenai secret admirer aku masa kat UTM dulu. Hasil sungguh memberangsangkan...hehhe..

Secara tetiba aku dapat tau dia keje kat mana, apa no henset dia, apa no opis dia, kat mana dia keje, even yahoo id pung aku tau.

Hehehhehe...yang penting takleh layannnn ini research...kang bertahun kena kutuk ngan memember baik aku dan seperti biasa besh pren aku akan kata "tak abis-abis ko nie ngan si muncung tuh"....

19 March 2006

Danga Bay Aku Datanggg!!

Rasanya dah hampir 7 tahun aku tinggalkan Johor, secara spesifiknya JB dan Skudai. Maknanya dah hampir 7 tahun aku jadik org KL, dan dah hampir 7 tahun aku keje di tempat yang sama.....buhsannyer!!!!!

Selalunya aku akan balik ke KL pada Ahad petang. Tapi hari nie, tidak. Aku plan gi Danga Bay. Antara tumpuan terbaru di JB...bukan baru ekceli..tapi antara yang menarik i guess..

Masa aku kat UTM dulu, Johor membangun dengan projek meganya WaterFront City. Antara tempat terhampehh di JB. Sebab apa? Sebab tempat tuh memang tak menarik langsung. Buat abis duit rakyat jekk. Tapi sejak adanya MB yang baru, aku rasakan JB menjadi antara bandar yang agak happening. Salah satunya dengan kewujudan Danga Bay. Danga Bay bleh menjadi salah satu tarikan penting kalo kerajaan negeri Johor berpikiran untuk menjadikan kawasan tersebut seindah dan sehappening Darling Harbour di Australia dan apa ntah harbour di Singapore...hehhe..

Tak luper jugak..aku merealisasikan impian tekak aku...layan Rojak Asma dan Mee Rebus Haji Wahid di Plaza Angsana..hehhehe..

18 March 2006

Taman Negara & Babi Hutan

Weekend dihabiskan dengan balik ke Johor. Bosan? Jenuh? Tak mau? Frankly speaking memang bosan skit balik umah mertua..heheh..nie kalo asben baca..mati aku kena kerat 18..ehheheheh

Aku selalu bitau anak aku..."Welcome to Taman Negara"..hehhe..sebab apa?..Sebab umah mertua aku memang kat dalam kawasan pedalaman..kalo air terjun bleh wujud kat kawasan tuh..memang selayaknya dipanggil Taman Negara Yong Peng..hheheh..

Sabtu petang..selepas aku melawat di sekitar kawasan dengan menaiki Iswaraku..secara tetiba satu makhluk kaler coklat melintas depan keta aku. Nasib baik tak sempat langgar keta aku..kalo tak mau kena samak satu keta..muahhahhaha...

sekali lagik truly speaking..tuh ler first time aku tengok Babi Hutan secara LIVE depan mata...

15 March 2006

Graduation Song (Friends Forever)

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same

But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down

These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of the night in June
I Didn't know much of love, but it came too soon
And There was me and you, and then it got real blue
Stay at home talkin' on the telephone and
We would get so excited, we'd get so scared
Laughing at our selves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on, we remember
All the times we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, friends forever

So if we get the big jobs and we make the big money
When we look back now, will that joke still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there? Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly

- Vitamin C

Lagu nie banyak mengingatkan zaman aku bajar dulu..especially masa kat UTM..banyak sangat kenangan baik pahit, manis, masin, tawar..aku telan sumer bagi nak mengabiskan 5 tahun kat sana.

Rindu banget kat UTM..especially Skudai & JB..tempat aku berpoya tuh..sesekali imbauan dan kenangan kat sana menggamit perasaan aku..ntah ekk..sentimentel plak rasa..

kekadang teringin nak pergi melawat balik ke bilik yg aku duduki kat Kg Belian tuh..saja nak check..ada tak hasil nukilan dari tangan aku yg rajin menconteng..di dinding bersebelahan katil aku tido..:D

Aku nak balik Johor laa..kali nie nak gi balik tempat melepak aku dan klik aku masa memuda dulu...aku rindu JOHORRRR!!!!!

ehh....tajuk entry aku nie ada kaitan ngan apa yg aku tulis ker..??

10 March 2006

Tap into your passion power

Sesekali layan..kata-kata perangsang dan semangat untuk kepuasan diri sendiri...

--------------------

Do you feel often that your job has become unfulfilling or that your life suddenly feels uninspired?

Do you ever wonder if the best parts of you are just wasting away?

If you've answered "yes" to all of the above you need to bring back the passion you need once had for life and everything in it.

Here are three essential points that could help you get excited about life once more

1) Do something that brings you joy
2) Make full use of your talents
3) Make a difference (big or small) in someone else's life, for only then can you truly enjoy your own


The Malaysian Women's Weekly - March 2006

Komen aku:

1) Nothing bring enjoy to me lately. Semua yang aku buat, rasa cam ada yang tak kena, ada yang tak mencukupi, ada yang tak dilengkapi...di manakah kekurangannya..?

2) Do I have any talents? Kalo ada..weekend nie jugak aku pi audition AF4..hehhe..

3) Aku penah merobah someone's life ..sampai tuan punyer badan pun tak paham apa dah jadik kat dia..masalahnya aku sendiri pun muskil apa yg aku dah buat ekkk? ...uiikss...aku cuma bleh kata..NO KOMENNNN..