24 March 2006

Tembak menembak

Semalam adalah hari yang agak tegang di opis aku. Bukan kami main tembak menembak sesama sendiri macam paintball dan bukan jugak ada pengambaran tembak menembak di lakukan di tempat keje aku..

Semalam, kami semua ditembak oleh bos aku(bukan nama sebenar..ehh..ada letak nama bos ker?)

Siri tembak menembak dimulakan dengan email suam-suam air panas dari boss. Subjeknya : etika berblog. Apa isi kandungannya? Maleh aku nak cerita. Cuma apa yg boleh dikatakan..aku tak suka berblog tapik hasil karya aku seolah ditapis untuk tontonan umum. Karya aku tak asli. Karya aku tak bebas. Tanganku seolah digari agar tidak bisa menaip idea yg ingin disembulkan dari otak aku. Iskk..aper aku tulis nie aa..??

Aku ingatkan siri tembak menembak abis setakat itu saja, ghupernyer..ada sambungan lagik. Sekali lagi kami dapat email bersubjek : Saper 3 budak itam yg kuar bekpess selepas kul 8.30am aaaa?? Ahhahahaha..subjek hanya rekaan semata-mata. Tiada berkaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Cuma aku nak bitau salah sorang budak itam tuh adalah aku. Aitt..sukati aku ler nak kuar bekpess kul baper pung...:D

Yang aku tau..sehari di opis pada hari semalam, adalah hari yang amat membosankan dan menjelekkan dan menyampahkan(ada ke perkataan nie) dan..dan..dan...