22 March 2006

Secret Admirer

Di suatu sudut di KFC. 4 rakan sekerja berborak buang masa sambil meratah ayam KFC yang dingidamkan sejak penularan wabak selsema burung dan sejak budak laki tak belikan lunch KFC 2-3 ari yang lalu...oittt..balik opis kul baper ari tuh??

Topik yang sungguh hengat dan hangit diperborakkan di kala itu. Secret Admirer.

Ada yang admirer budak cina, ada yang jadik posmen kat admirer member but endup dgn couple pada admirer member tuh, ada yang admirer kat member setempat dan last but not least admirer kat senior kat univ...semua membawa cerita tersendiri dengan gaya dan cara yang menarik. Indahnya idup waktu kita admirer kat orang ekkkk!!!

Korang penah ada secret admirer tak? Arghh..tipu kalo tak wujudnya secret admirer di sepanjang korang hidup..

Aku tak nafikan memang ada secret admirer wujud dalam hidup aku. Jangan salah sangka! Bukan waktu ini. Tidak! Tapik secret admirer wujud dalam idup aku..biler aku memerlukan pemangkin (ker pangkin) dan semangat untuk terus belajo. Tapik thrill secret admirer aku akan berakhir bila aku sendirik membuat keputusan untuk memberitahu dia bahawa aku adalah peminat nombor 1 dia...ahakss...cam minat artis ler plak. Lepas tuh tutup buku. Aku totally senyap dan hilang, tak moo dah carik malu kat secret admirer aku ni..hehhehe...

Sementelah dari kisah secret admirer, 2-3 ari nie..aku telah membuat sedikit research mengenai secret admirer aku masa kat UTM dulu. Hasil sungguh memberangsangkan...hehhe..

Secara tetiba aku dapat tau dia keje kat mana, apa no henset dia, apa no opis dia, kat mana dia keje, even yahoo id pung aku tau.

Hehehhehe...yang penting takleh layannnn ini research...kang bertahun kena kutuk ngan memember baik aku dan seperti biasa besh pren aku akan kata "tak abis-abis ko nie ngan si muncung tuh"....