28 February 2006

Sticker

Pukul 7++ am. Waktu begini, saat ini aku pasti berada di highway Sungai Besi. Kenderaan berkejaran sesama sendiri. Aku? Melepak di seat sebelah driver sama ada buat aktiviti melalak atau berangan-angan dengan pelbagai jenis cerita atau paling tak biasa aku buat, berpura-pura tutup mata kononnyer nak cover masa tido yg tak cukup sebab dipaksa bangun awal untuk pegi keje awal...heheh..

Satu lagik habit aku kalo pi memana, aku suka tengok keta orang. Selalunya aku suka berfikir -- macam mana ler diorang nie bleh mampu beli keta semahal itu? Apa keje diorang? Brapa gaji diorang? Pagi ni, dalam sibuk berfikir, satu Kelisa kaler coklat gold lalu sebelah aku. Awek bertudung drivernyer. Setakat pemandangan awek drive Kelisa, aku tak penah membazirkan sel-sel otak aku untuk berfikir memacam.

Tapi secara tetiba, sticker kereta dia jadik perhatian aku. MAWI WORLD. Yeap, sticker Mawi. Aku tau ramai die hard fan mawi kat mesia nie, even aku pung salah sorang mawifc. Tapi sepanjang pemerhatian aku kat keta-keta di KL nie, tak penah ler plak aku jumpa sticker mawi nie. Kalo ada pung, aku tak rasa ramai yg nak tampal sticker tuh kat keta diorang. Nak ke korang?

Cuma satu jek persoalan bermain di pikiran aku....errr...errrr...mana nak beli sticker tuh ekkk???