30 November 2006

Kad Kredit

Sekadar pendapat.

"Ada sebuah bank, memfreezekan semua duit dalam akaun seorang pengguna kad kredit bank tersebut sebab pengguna tersebut dah 3 bulan tak bayar kad kredit. Disebabkan bengang giler ngan bank tuh, terus diterminate kad kredit bank tuh."

Aku cuma jawab, "padan muka".

Pendapat lain, "kiter tak tau apa kesulitan orang lain"

Aku tanya, "siapa dia?"

Jawapan, "si bla..bla..blaa..bla..bla.."

Dari jawapan yg diberikan, aku kenal pengguna kad tersebut. Rumah dia berharga hampir 2 kali ganda dari aku. Kawasan perumahan yg agak mewah. Kereta ada 2 biji. Kalo dibahagi dengan keta iswara aku..bleh dapat hampir 4 biji iswara yg sama. Laki bini gaji beso. Aku agak gaji sorang pung kompom melebihi gaji aku.

Walaupung aku hampir bertekak kerana isu orang lain, pendapat aku cuma satu jekk...kad kredit bukan setakat main "gores dan menang". Walau sesulit mana pung keadaan kiter, berusahalah untuk berdisiplin, terutama dalam penggunaan kad kredit. Takder faedahnyer, tak puas ati ngan bank, terus terminate kad kredit tuh. Walaupung perbuatan bank tersebut agak kejam, tetapi sebenarnya ia beri pengajaran kepada pengguna kad kredit yang lain agar lebih berhati-hati dan beringat sebelum terkena. Memang aku tak boleh sesuka ati menghukum org tuh "padan muka" sebab aku tak tau apa sebenarnya "kesulitan" dia.

---- What u give, u get back

23 November 2006

Dia..

Pagi ini di Tol Serdang.

Laki aku lalu di Smart Tag..
Dia lalu di Touch N Go..

Laki aku berumur dalam 30an..
Dia pung aku rasa dalam umur tuh jugak..

Laki aku memang segak (perasan)..
Dia nampak segak jugakla..

Laki aku bawak Iswara..
Dia bawak Compressor..

Laki aku pakai spek itam..
Dia cuma memakai serban putih..

Aku kagum.
Aku terkedu.
Aku mencari dan mencari lagi..
Tetapi dia hilang entah ke mana..

02 November 2006

Perubahan

Ari nie ari kedua masuk keje lepas raya..cuti lama skit..bukan apa..bosan yg benornya nak masuk keje nie..

Masuk jek keje..aku dikejutkan ngan berita xstaff kat department aku apply nak masuk keje sini balik..pelik bin ajaib..bak kata bos aku ..."mandrem xxxxxx kuatttttttt"

Ada sedikit perubahan kat aku. Iyerla..selama nie tak nampak..sekarang nie..cam dah nampak laa kalo sekali pandang. Tapik yg tak sedapnyer kat sini..ada jekk umat yg jenis bz body nie. Bz biler nampak ada perubahan lain macam skit kat orang lain. Setat ler mata meliar pandang atas bawah. Kalo setakat bebudak tempat aku, aku tak amik port. Sebab diorang memang bz giler ngan keje diorang yg tak abis-abis. Takder masa nak tengok perubahan orang. Nie masalahnyer..org yg takder kene mengena nie..huhhh..meluattt betul rasa!!!!!