24 January 2008

Kenangan FSKSM

sorry..wahai senior-senior ku..aku curik ayat-ayat email korang...rinduu wehhhhhhh ngan fakulti...

ekceli..menda nie aku copy-paste dari mailing list senior aku...bila baca coretan diorang...ati menerjah-nerjah nak balik semula ke fakulti atas air tuh...hihihihii...

----------------

oit xxx kenapa lama sangat ko biar kan scroll ko tu lama sangat ?
ko ingat CPA dia buleh tukar jadi 4 flat ke ?

anyway, sejak bila lak Building D06 berubah hakmilik ??
ni yg tak best ni.. aku pun dah lama rasa nya nak jejak semula kaki
kat setiap aras building tu..

tu lah satu satunya fakulti yg ada sungai lalu kat bawah..
tensen tensen buleh terjun.. sayang air je kaler teh tarik.

foyer aras 1 tu still happening orang lalu lalang ke ?
se-bz masa minggu isi borang 'insert delete'.. drop subject tu,
tambah subject ni.. pilih lecturer best.. kautim jadual bagi
selonggok satu hari.. pastu jumaat takde kelas.. isk isk rindu betul
aku bab menyusun jadual ni.. abg dollah gak yg kena sign approval
hehehe..

habih tu kat mana FSKSM skarang ni ?
kalau aku hantar kad rasa aku still guna D06 tu..
since when dah pindah ?


--- In xxx@yahoogroups.com, xxx wrote:
>
> Hoh... saya baru habis dengar lagu keunggulan
> terbilang... Seriow bulu roma siot...
>
> Semalam saya pegi utm skudai... thanks buat xxx
> kerana bagi saya pinjam kereta dia yang hebat itu...
> wow Sungguh canggih kereta xxx...
> tak sia2 grad di UTM.
>
> Saya terpaksa practice drive kete dulu sebelum
> bertolak ke jb smalam... berpeluh saya bila ade keluar
> bermacam2 bunyi warning beep. kereta BM aku pung tak
> de laa secanggih kereta xxx.
>
> Saya pergi UTM untuk ambik Sijil Sarjana Muda selepas
> lapan tahun grad. Peristiwa yang paling lucu apabila
> saya nak jumpa xxx, saya tunggu die kat foyer
> aras satu FSKSM. Setelah berpeluh tunggu xxx
> selama lebih 15 minit, baru saya teringat bangunan
> FSKSM yang menjadi nostalgia itu sudah diguna oleh
> jabatan lain.
>
> Sory ye xxx, saya memang betul2 lupa bangunan
> itu sudah bukan milik FSKSM. Semasa menunggu xxx
> yang tak kunjung tiba. Saya sempat terbayang2
> wajah kawan2 semasa alam UTM dulu. Teringatkan abang
> dolah, teringatkan kawan2.
>
> Setelah saya sedari yang saya menunggu xxx
> ditempat yang salah, saya terus call die menggunakan
> Handphone Motorola V3x yang sama canggih dgn kereta
> xxx. Berikut adalah sebahagian komunikasi saya
> dgn xxx:(Saya tak tahu la pulak xxx
> pakai handphone model ape)
>
> ...
> xxx:"Helo xx, alamak aku terlupa Fakulti kita
> dah pindah laa...".
> xxx:"Hey, engkau nih memang laa, itu bangunan
> fakulti kita sepulooo tahun dulu laa..."
> (kalu korang buleh ingat lagi nada suara xxx,
> sila bayangkan)
> xxx:"xxx, sory. Nampaknya tak boleh jumpa hari
> nih. Aku nak cepat nih, kene balik KL sekarang.".
> xxx:"Okay okay. lain kali kita jumpa."
> ...
>
> Walaubagaimana pung, saya amat bersyukur kerana diberi
> peluang oleh Allah kerana membenarkan saya menjejak
> kaki semula di bangunan yang penuh nostalgia itu
> setelah hampir 10 tahun meninggalkan bangunan
> tersebut. Sungguh sayu rasa dihati mengenangkan susah
> dan payah, suka dan duka bersama rakan2 di FSKSM.
>
> ishh... Rasa macam nak menangis pulak. Sentimental laa
> pulak saya nih. Entah macammana terasa nak dengar lagu
> bouganVilla yang agak populak masa tuh. Saya dah lupa
> lirik lagu, hanya mendendangkan melodinya sahaja.
> Mungkin xxx dan xxx masih ingat liriknya.



huhuhuhuhu...sekian terima kasihhh.... :D