Runtuhan di Hulu Kelang
Tak ada yang lebih memilukan bila seorang ibu..seorang emak..membaca berita sebegini rupa...Aku tak dapat bayangkan..jika aku berada di tempatnya pada saat dan ketika itu..
---------------
KUALA LUMPUR: Dua mayat yang dipercayai Hayati Mohd Yunus, 24 dan anaknya Herlina, tiga tahun, dijumpai dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan tanah yang meranapkan tiga blok rumah panjang di Kampung Pasir, Hulu Klang, pagi ini.
Mayat ibu yang sedang menyusu anaknya itu dijumpai pada 8.45 pagi di tapak rumah mereka setelah pasukan mencari dan menyelamat mengalihkan tumpuan ke kawasan itu pukul 7 pagi ini.
Kedua-dua mayat itu ditemui setelah operasi mengesan mereka dijalankan sejak Rabu lepas selepas kejadian tanah runtuh pada 4.45 petang hari berkenaan.
Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras untuk dibedah siasat, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Dengan penemuan mayat-mayat itu, mangsa kejadian itu meningkat kepada empat orang.
Pada hari pertama, mangsa pertama Suri Sinon, 72, dan cucunya Siti Ridilia Sharul, empat setengah tahun ditemui rentung di salah satu daripada tiga blok rumah panjang yang ranap.
Sumber BERNAMA.