20 August 2005

Mak masuk hospital lagi!!!!

12.46pm

"Mak kritikal sekarang. Jangkitan kuman satu badan. buah pinggang tak fungsi. Perut mak buncit penuh dengan air and air tolak ke peparu. Kencing berdarah. Perut belah kanan lebam merah and dedua mata kuning. Tangan and kaki belah kiri dah lemah tak bleh gerak. Punca jangkitan kuman sebab air kencing and imunisasi mak lemah."
- sms Long.

Mak terpaksa dimasukkan ke hospital lagi!!!

Dalam masa yg sama, aku berada di umah mertua di yong peng kerana menghadiri majlis perkahwinan adik ipar aku. semalam hantar dia nikah. ketika aku baca sms Long, aku tengah on the way ke kota tinggi menghantar pengantin bersanding.

Hati aku dah lama melayang jauh di kl..walopung badan aku kat johor setelah baca sms Long.

Aku nak balik kl..nak balikkkkkkkk...


10.30pm

Aku dah sampai Hospital Selayang. badan mak penuh wayar. dia tak sedarkan diri. ubat ditambah dengan segala bagai jenis. mulut aku tak terkata. hati ini tuhan saja yang tahu. jauh di sudut hati aku, aku tau aku pasti bertemu dengan saat itu..

oh tuhan jauhkanlahhhh...