Dopamine
hari ni giliran aku menjaga mak sepanjang malam di wad ini.aku jumpa Dr. Fatimah, MO yang monitor keadaan mak. mak consume "Dopamine" untuk meningkatkan heart beat dan blood pressure. itu pung Dr kata tak tau berapa lama mak bleh bertahan.
dengan lain perkataan, Dr berikan mak dopamine untuk memanjangkan hayatnya kerana blood pressure mak semakin menurun, degupan jantung semakin lemah dan kandungan oksigen dalam otaknya semakin berkurangan. tapik as one of the effect daripada pengambilan dopamine tuh, Dr tak bleh nak jangkakan berapa lama jangka hayat mak boleh bertahan dengan adanya dopamine dalam badan mak.
mak disambungkan dengan mesin yg bleh monitor kandungan oksigen dalam otak, blood pressure dan heart beat mak.
sesekali mesin tuh menjerit menandakan bacaan semakin rendah dan rendah...
aku hanya berserah...