Hilang segalanya
Pernah rasa kehilangan? Bukan hilang org tersayang laa..Nie hilang harta benda..Harta benda yg ko kumpul dari mula ko idup sampai la nie..
On the way balik ke Sempang, aku singgah ke umah makcik Dol. Silaps..xumah makcik Dol. Umah dia setakat tinggal rangka. Setakat tinggalan. Setakat kepulan asap. Setakat besi buruk yg hangus dimamah api.
Sian dia. Di saat 2 ari lagik nak sambut Aidilfitri. Di saat orang lain sibuk menganyam ketupat, mengemas umah, mengecat umah. Dia dan sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang. Nasib baik takder kematian. Kalo tak lagik haru jadiknya.
Aku tak sampai ati nak tanya citer sebenar kat dia. Sebab di sepanjang selepas kejadian kebakaran tu, dia hanya menangis hiba.