25 July 2006

Bonjour

Sebut bebetul ...bonjour..bukan banjar!!!

Sampai kat lapangan terbang Paris, Charle de Gaulle tepat kul 6am. Waktu mesia adalah 6 jam lebih awal dari Paris.

Airport sini mudah. Takder kastam. Aku suspen gak, takut kalo kastam check barang aku, ada memacam jenis ubat without medical letter dari doktor. Takut berkesudahan semua barang akan dibuang sebagaimana berlaku di Airport Sydney. Alhamdulillah sini tak. Kastam sini tak serajin kastam Sydney.

Memula pegi check-in hotel. Paris Hotel. Nama sedap. 3 star kelas hotel.

Masuk jek bilik..takder aircond, takder kettle, bilik kecik, pemandangan tak cantik langsung. Memang cabaran.

Paris berada di musim panas. Panas dan kering. Lebih teruk dari mesia yg panas dan lembap. Pakai sunglassess tak bawak sebarang maknanyerr..cuma lawa skit dari tak pakai langsung..hehhe..

Selain aku dan bos, dua orang lagik turut serta ialah vendor hampeh kitorang.

Lepas check-in hotel terus pegi survey tempat training. Lepas tuh pegi ke Arc de Triomphe. Ala..menatang 4 segi dan selalu kuar tv tuh. Memang cantik dan beso la.

Lepas tuh pegi ke tempat pengambaran The Da Vinci Code. Bleh la. Ntah ape diorang sibukkan ngan tempat nie tak tau ler aku.

Lepas tuh ada la pegi 2-3 tempat yg aku tak amik port aper kebenda namanya. Aku memang tak banyak bagi input sebab aku bebetul penat. Dalam keadaan aku yg baru kuar wad lepas tuh bergerak selepas 13 jam dalam flight, memang mencabar kesabaran aku. Nak nangis rasanya bila terpaksa menyejukkan ati, everything will be alright sedangkan it's not alright at all. Kiranya selepas 13 jam dalam flight, aku teruskan dengan perjalanan berjalan kaki dan turun naik subway dalam masa 11 jam seterusnya.

Everything is in their plan. Plan yg already planned in their head. Everyday she knows what to do and where to go.

Hmmmphhhhh...

Paris - bandar romantik??? Aku tak nampak apa yg menarik sangat kat Paris nie. Indah khabar dari rupa.

Note selepas 24/07:
---- tempat pengambaran Da Vinci Code tuh laa..namanya Louvre Museum di mana terletaknyer sumer hasil art & painting di Paris. Yang lebih menariknya, kat sinilah hasil lukisan terkemuka Monalisa digantungkan. Aku tak masuk muzium nie sebab ari tuh muzium ditutup. Cuma pi tempat yang bukak jek. Terlepas peluang nak tengok seni lukisan tuh!!!