Sortie
Sortie - Exit.
Perkataan nie jek yg melekat kat kepala hotak aku sepanjang seminggu nie. Flight dijangka kul 12pm(isnin) dan dijangka sampai 6am(selasa).
6 jam perjalanan yang pertama..okla..tapik selepas tuh..kapal terbang banyak melanggar awan. Lebih teruk dari flight ke Paris ari tuh. Gegaran kuat. Dan kekadang tuh..aku rasa cam nak terhempas jek flight tuh. Memula..bleh la jugak konsonteret tengok movie..tapik last-last...aku layan bacaan Al-Quran sepanjang perjalanan..hehhe...
Setengah jam sebelum mendarat di KLIA..tekak aku dah semakin kembang. Takleh tunggu lelama nie. Nasib baik tempat duduk aku dekat ngan toilet. Tak sempat aku halakan kepala aku ke toilet bowl..limpahan nasi goreng yg aku makan waktu bekpes tersembur di sekitar toilet bowl..ehheheh...skit jekk..yg lelain..sempat shoot kat bowl tuh..ehhehehe...
Mendarat di KLIA...sekitar 6.15am...legaaaa...especially bila dapat dengar suara yang dah lama aku tak dengo .... :)