Kad Kredit
Sekadar pendapat."Ada sebuah bank, memfreezekan semua duit dalam akaun seorang pengguna kad kredit bank tersebut sebab pengguna tersebut dah 3 bulan tak bayar kad kredit. Disebabkan bengang giler ngan bank tuh, terus diterminate kad kredit bank tuh."
Aku cuma jawab, "padan muka".
Pendapat lain, "kiter tak tau apa kesulitan orang lain"
Aku tanya, "siapa dia?"
Jawapan, "si bla..bla..blaa..bla..bla.."
Dari jawapan yg diberikan, aku kenal pengguna kad tersebut. Rumah dia berharga hampir 2 kali ganda dari aku. Kawasan perumahan yg agak mewah. Kereta ada 2 biji. Kalo dibahagi dengan keta iswara aku..bleh dapat hampir 4 biji iswara yg sama. Laki bini gaji beso. Aku agak gaji sorang pung kompom melebihi gaji aku.
Walaupung aku hampir bertekak kerana isu orang lain, pendapat aku cuma satu jekk...kad kredit bukan setakat main "gores dan menang". Walau sesulit mana pung keadaan kiter, berusahalah untuk berdisiplin, terutama dalam penggunaan kad kredit. Takder faedahnyer, tak puas ati ngan bank, terus terminate kad kredit tuh. Walaupung perbuatan bank tersebut agak kejam, tetapi sebenarnya ia beri pengajaran kepada pengguna kad kredit yang lain agar lebih berhati-hati dan beringat sebelum terkena. Memang aku tak boleh sesuka ati menghukum org tuh "padan muka" sebab aku tak tau apa sebenarnya "kesulitan" dia.
---- What u give, u get back