Mak meninggalkan kami semua....
23/08/2005 - 11pmLong menasihatkan kami semua, minta ampun dan maaf dari mak. Seandainya hari ini adalah hari terakhir kami dapat melihat emak.
Keadaan mak memang menyedihkan, dia semakin lemah. Yang hanya didengari hanyalah hembusan nafasnya yg perlahan dan semakin perlahan.
Sebelum aku melangkah kluar, aku sempat mencium dan memintak ampun dari mak. Tak taulah dia dengar ataupun tidak..Ya Allah panjangkanlah umur dia..
Aku berat tinggalkan hospital. Tapi aku terpaksa. Aku nasihatkan Iza, monitor setiap bacaan mak sepanjang malam nie. make sure jika ada bacaan yg terlalu rendah, diberitahu pada nurse yg ada.
24/08/2005 - 3.30am
Panggilan tepon dari Ngah. Mak dah takder!!!
Mak menghembuskan nafas terakhirnya ketika nurse sedang memandikan dia dalam pukul 3.25 pagi tadik.
Tapi sayangnya tiada sorang antara kami - Ngah, Iza or Uda yg ada dapat melihat mak pergi. Betapa kami menjaga mak tanpa tinggalkan dia siang dan malam..tapik dia meninggalkan kami menyambut seruan Ilahi di kala kami tinggalkan dia yg tak sampai 5 minit...
6.30am
Aku on the way ke Sungai Buloh kerana jenazah mak akan dimandi dan dikapankan di sana sebelum dihantar ke Simpang Rengam dan disemadi di sana. Sesampai di sana aku melihat jenazah mak terbujur kaku di dalam surau. Sunyi, sepi, kaku, pilu, sebak, hiba..dan segalanya bermain di hati aku.
Dah habis air dari mata aku untuk dilelehkan. Long, Ngah, Uda pergi jumpa abah di umah Long utk memberitahu hal yg sebenarnya. Abah perlu ditenangkan. Aku tau abah tak bleh menerima kehilangan mak. Maklah segalanya bagi abah. Maklah penyambung hayat abah di sepanjang sakitnya. Tanpa mak..abah kehilangan 'roh' dalam hidupnya..
Kami juga begitu abah!!!!!
8.00am
Untuk pertama kali dan terakhir ..aku memandikan mak dengan air wangi
Untuk pertama kali dan terakhir ..aku membedakkan mak dengan bedak sejuk
Untuk pertama kali dan terakhir ..aku memakaikan pakaian serba putih utk mak
Untuk pertama kali dan terakhir ..aku memakaikan celak untuk mak
Untuk pertama kali dan terakhir ..aku berada di depan mak yg telah siap sempurna..semerbak bauan di sekitarnya
Aku tabah. Aku tak pernah setabah ini. Tiada setitik air mata yg keluar dari mata ini.
Namun aku kalah jua akhirnya. Abah yg berjalan perlahan sambil memegang walkernya menuju ke arah sekujur tubuh yg amat dirinduinya. Di kala itulah air mata aku rebah. Rebah selebat-lebatnya. Aku tak boleh tahan. Keadaan abah membuatkan aku terasa sungguh pilu, sungguh sayu. Bukan aku sahaja. Orang di sekeliling aku pun sayu melihat keadaan abah yg menuju ke arah jenazah mak. Tudung aku basah. Basah dengan air mata yg ditahan selama ini.
Mungkin ada benarnya kata-kata orang dahulu kala berkata...selalunya org sihat yg jaga org sakit itulah yg akan pergi dulu sebelum org yg sakit itu...
2.30pm
Jenazah selamat sampai di tanah perkuburan Berombong. Sebelum ini jenazah dibawa ke umah dan surau Kg Melayu untuk disemayangkan sekali lagi. Sebelum jenazah dimasukkan ke liang lahad, aku memohon kebenaran untuk mencium mak untuk kali terakhir kali. Untuk terakhir kali menatap wajah mak. Mak tenang, setenang dia ketika tidur. Tidurlah emak...tidurlah..kerana tuhanmu lebih menyanyangimu dari kami semua....
Al-Fatihah..