19 December 2005

Seindah Pagi

7.45pagi

Selalunya langit tak seperti pagi ini. Selalunya ia semuram aku di pagi hari, semonyok aku kerana terpaksa memaksakan diri untuk datang sewal seperti hari ini. Tapi hari ini memang berlainan, bukan sebab aku tak muram dan bukan jugak sebab aku tak monyok. Pagi ini cahaya matahari begitu meriah dan begitu ceria sekali. Seolah aku pernah mengalami pagi seceria dan sedamai ini. Cuma aku tak ingat di mana. Mungkin di kampung yg menggamit kenangan aku sejak dua menjak ini. Mungkin jugak di tempat yg pernah aku lawati. Mungkin jugak dalam mimpi!!

Semoga hati ini seceria pagi yang indah ini...